Monday, May 24, 2010

Lebih 50 syarikat tempah tapak


BILANGAN gerai pameran dalam Kempen 1Malaysia 1Halal yang akan berlangsung di Perlis dari 4 hingga 6 Jun depan dijangka lebih banyak dan lebih meriah berbanding kempen di Kuala Lumpur Februari lalu.


KANGAR - Kempen 1Malaysia 1Halal di Perlis yang akan berlangsung 4 Jun depan bakal menarik minat ramai pengunjung kerana ia telah berjaya menarik penyertaan banyak syarikat.

Sehingga tarikh tutup pendaftaran kelmarin, lebih 50 syarikat telah menunjukkan minat dan menempah tapak pameran kempen itu.

Penyertaan itu sekali gus melepasi jumlah 37 gerai pameran pada kempen edisi pertama di Masjid Negara, Kuala Lumpur pada Februari lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif DagangHalal, Khairil Isma Hafiz berkata, peningkatan tempahan tapak disebabkan keyakinan banyak pihak terhadap tarikan kempen tersebut.

"Sehingga ke hari ini (semalam) kami masih menerima panggilan daripada banyak syarikat bertanyakan mengenai tapak dan maklumat kempen," katanya ketika dihubungi semalam. DagangHalal bertanggungjawab mengendalikan gerai-gerai pameran kempen itu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: