
SHAFIE menutup hidung kerana bau busuk ekoran lembu yang dibiarkan pemiliknya di dalam gelanggang takraw berhampiran pintu masuk kuarters RTM di Jalan Kaki Bukit, Bukit Gelugor, George Town semalam.
GEORGE TOWN - Bau busuk najis lembu pasti menusuk hidung sesiapa sahaja yang melalui kawasan Kuarters Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang terletak di Jalan Kaki Bukit, Bukit Gelugor dekat sini.
Sejak dua bulan lalu, pekarangan jalan masuk ke sini bertukar menjadi 'kandang' lembu milik bekas penduduk Kampung Buah Pala setelah kandang sedia ada dirobohkan pemaju bagi kerja pembinaan projek kediaman kondominium mewah.
Malangnya, sikap ambil mudah pemilik lembu itu yang membiarkan ternakan mereka di situ menyebabkan penghuni kuarters RTM berhadapan dengan masalah bau busuk, kekotoran serta nyamuk yang bersarang.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: