![]() |
| KONTRAKTOR perlu mematuhi syarat dalam menyiapkan rumah PPRT. - Gambar hiasan |
RAUB - Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah tidak akan menjelaskan bayaran kepada kontraktor yang tidak mematuhi syarat atau gagal menyiapkan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).
Menterinya, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, pihaknya memandang serius jika terdapat kontraktor yang menyeleweng atau mementingkan keuntungan sehingga mengabaikan amanah dan tanggungjawab terhadap rakyat.
"Kerajaan tidak akan bertolak ansur malah tidak akan bayar apa-apa kepada mereka (kontraktor) melainkan mereka mematuhi syarat yang ditetapkan," katanya kepada pemberita selepas melawat projek PPRT Kampung Lepar di sini semalam.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: