Saturday, May 22, 2010

Kerja pembinaan dihenti kerana angsa bertelur


SEORANG pengawal keselamatan mengawal seekor angsa yang bersarang di sebuah bangunan bernilai RM478.27 juta di Birmingham kelmarin.


BIRMINGHAM - Kerja-kerja pembinaan di sebuah bangunan komersial yang bernilai £100 juta (RM478.27 juta) terhenti kelmarin ekoran penemuan sarang angsa yang mempunyai tiga biji telur, lapor sebuah akhbar semalam.

Sarang angsa itu menyebabkan seorang pengawal keselamatan, Jake Fielding memberikan perlindungan 24 jam ke atas haiwan tersebut.

Pihak kontraktor bangunan berkenaan menghentikan kerja-kerja pembinaan di laluan pejalan kaki iaitu lokasi angsa itu bersarang.

"Angsa itu sudah berada di kawasan itu kira-kira tiga minggu lalu dan ia hidup dengan aman yang merupakan sesuatu yang tidak dijangka oleh kami.

"Namun, Fielding yang mengawal angsa itu melakukan tugas dengan baik kerana memastikan ia selamat," kata seorang jurucakap pihak kontraktor.

Dia berkata, pihak kontraktor berharap kerja-kerja pembinaan itu tidak ditangguhkan terlalu lama yang kini dihentikan bagi menunggu telur tersebut menetas.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: