SURIA FM dan Red FM telah mencapai keputusan di luar jangkaan dalam kaji selidik suku pertama 2010.
Keputusan terkini daripada kaji selidik AC Nielsen mendapati, 15.5 juta atau sembilan daripada 10 orang yang berumur 10 tahun dan ke atas telah mendengar radio ini setiap minggu.
Sehingga kini, Suria FM dan Red FM terus mengukuhkan kedudukan mereka di kalangan khalayak pendengar.
Suria FM melakar sejarahnya yang tersendiri dengan peningkatan jumlah pendengar tertinggi di Malaysia dengan kenaikan 165% purata pendengar selain mencatatkan peningkatan sebanyak 51% di kalangan pendengar setia.
Secara tidak langsung, Suria FM meraih pencapaian terbaik dalam perkongsian pendengar radio.
Red FM telah berusaha keras untuk menguasai pasaran radio berbahasa Inggeris dengan 15% kenaikan pendengar dari tahun ke setahun.
Pendengar dikalangan golongan profesional, seperti pengurus, eksekutif dan pengusaha telah meningkat sebanyak 59%. Segmen petang Red FM telah mencatatkan kenaikan sebanyak 30% sementara di dalam segmen “104 Minit Muzik Marathon” meraih 65% peningkatan jumlah pendengar.
Ketua Pegawai Operasi Suria FM dan Red FM, Azrullah Mohd Noor berkata: "Terima kasih kerana mendengar stesen radio kami sebagai stesen pilihan dan kami akan berusaha lebih keras untuk memberikan yang terbaik dengan menghidangkan lebih hiburan kepada pendengar. Kami akan terus memperbaiki kualiti dari segi kandungan program yang disiarkan menerusi sentuhan inovasi dan kreativiti. "
Semangat yang jitu disamping komitmen yang tinggi merupakan antara faktor yang membantu Suria FM dan Red Fm berjaya melangkaui corak penyiaran konvensional sedia ada.
Kesungguhan stesen dalam menyalurkan konsep interaktif yang lebih dekat dengan pendengar berjaya menghasilkan kombinasi platform media digital, siaran ‘infotainment’ serta aktiviti luar yang dianjurkan.
Suria FM telah mengatur pelbagai aktiviti menarik sepanjang tahun ini yang melibatkan pendengar. Antaranya ‘siri jelajah Suria FM Rancak Tour’ pada Jun nanti, juga Konsert Kemuncak Suria FM pada Julai ini.
Manakala pada bulan Ramadhan, Majlis Berbuka Puasa akan diadakan selain ‘Kempen Jom Balik Raya’.
Red FM turut mengatur pelbagai aktiviti istimewa antaranya ‘Love Classifieds’ dan ‘People’s Voice Carnivals’ yang melibatkan ‘krew red ryders’.
Aktiviti berbentuk kemasyarakatan ini akan dijalankan sepanjang tahun. Sambutan sempena pesta ‘World Cup 2010’ juga akan diraikan sekitar Jun ini.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: