Saturday, May 22, 2010

Kalungan bunga timpa Presiden


KALUNGAN bunga mula jatuh ke arah Viktor Yanukovych.


KIEV - Klip video kalungan bunga menimpa Presiden Ukraine, Viktor Yanukovych menjadi popular di laman YouTube di Internet, lapor sebuah akhbar semalam.

Semasa kejadian, Presiden itu berdiri di depan kalungan tersebut pada satu majlis memperingati wira-wira Perang Dunia Kedua di sini, baru-baru ini.

Namun, semasa dia berdiri, kalungan bunga berkenaan jatuh akibat tiupan angin sekali gus menimpanya menyebabkan beberapa pengawal peribadi berlari ke arahnya untuk membantu mengangkat kalungan itu.

Presiden itu tidak mengalami sebarang kecederaan dalam insiden tersebut.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: