
Simpan Bukit Kinta malam kelmarin.
IPOH - Perangkap yang dipasang oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) di Bukit Dinding dekat Hutan Simpan Bukit Kinta sejak 9 April lalu untuk menangkap harimau akhirnya mengena.
Tertarik dengan kambing yang dijadikan umpan, seekor harimau belang betina masuk ke dalam perangkap itu kira-kira pukul 2 petang kelmarin.
Penduduk kampung yang menyedari haiwan buas itu telah masuk dalam perangkap kemudian menghubungi Perhilitan.
Harimau seberat 80 kilogram itu dipercayai berusia dua tahun setengah.
Tindakan memasang perangkap itu dilakukan selepas Perhilitan menerima aduan penduduk kampung berdekatan yang mendakwa ternakan mereka termasuk lembu hilang dibaham binatang buas.
Penduduk bagaimanapun tidak boleh berasa lega walaupun haiwan itu telah ditangkap.
Pengarah Perhilitan Perak, Shabrina Mohd. Shariff memberitahu, siasatan mereka mendapati terdapat dua ekor lagi harimau dengan saiz lebih besar masih bebas di kawasan berkenaan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: