Monday, May 17, 2010

Filem Obama ramai pelakon asing


GAMBAR menunjukkan Hassan Faruq Ali (kiri) dan Clara Lachelle.


BANDUNG - Filem Obama Anak Menteng dilakonkan oleh kebanyakan pelakon asing berbanding tempatan, lapor akhbar Detikhot semalam.

Menurut akhbar itu, pengarah filem keluaran Indonesia itu, Demian Dematra mengaku bahawa ramai pelakon asing berlakon dalam filem berkenaan.

Pemilihan pelakon asing itu dibuat bagi menyesuaikan kisah hidup Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama semasa beliau tinggal di Jakarta.

"Kalau kita amati, bapanya berkulit hitam dan berdasarkan kemampuan bahasa juga beliau (Obama) boleh berbahasa Inggeris dan Indonesia," ujarnya.

Dalam filem itu, Hasan Faruq Ali berusia 15 tahun yang merupakan remaja kelahiran AS yang tinggal di Indonesia selama 10 tahun dipilih memegang watak Obama semasa kecil.

Watak ibu Obama dipegang oleh Clara Lachelle yang mempunyai darah kacukan Inggeris, Perancis dan Belanda.

Sementara itu, watak Lolo Soetoro, bapa tiri Obama dilakonkan oleh lelaki Indonesia yang pernah tinggal lama di Belgium.

Obama pernah tinggal di Jakarta pada tahun 1960-an bersama ibu dan bapa tiri sebelum beliau kembali semula ke Hawaii, AS.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: