
KETUA Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar (dua dari kiri) melihat sebahagian daripada barangan yang dirampas daripada tujuh lelaki ketika hendak menyamun sebuah rumah di Puchong semalam.
KUALA LUMPUR - Tujuh sekeluarga yang sedang tidur tidak menyedari rumah mereka dimasuki tujuh pencuri sehinggalah mereka dikejutkan oleh polis yang datang selepas dimaklumkan oleh seorang jiran dalam satu kejadian di Taman Kinrara, Puchong dekat sini semalam.
Dalam kejadian pukul 2.50 pagi itu, polis terpaksa membunyikan siren amaran mengejutkan penghuni rumah tersebut termasuk seorang mekanik berusia 41 tahun.
Mekanik tersebut yang terjaga kemudian turun ke tingkat bawah sebelum terkejut melihat sepasukan polis peronda berada di pintu pagar rumahnya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: