Sunday, May 9, 2010

Beri pekerja tempatan gaji setimpal


NAJIB (dua dari kiri) menyampaikan Anugerah Pekerja OKU Cemerlang kepada Kar Wei sambil diperhatikan Subramaniam (kiri) pada Perhimpunan Hari Pekerja di Kuala Lumpur semalam.


SERI KEMBANGAN - Semua majikan diingatkan supaya mengutamakan pekerja-pekerja tempatan berbanding pekerja asing dengan memberi mereka gaji yang adil dan setimpal.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, majikan perlu mencari jalan untuk meningkatkan produktiviti dan tidak bergantung kepada pekerja asing yang kurang mahir.

Majikan, katanya, tidak sepatutnya mencari jalan mudah dengan menggaji pekerja asing sehingga sanggup mengorbankan kepentingan pekerja tempatan.

"Ini tidak wajar dilakukan. Jangan salahkan kerajaan kalau kita tidak luluskan tambahan import pekerja-pekerja asing. Kita nak lihat bagaimana pekerja-pekerja tempatan boleh diberi keutamaan dalam pertimbangan mereka (majikan)," katanya.

Beliau berkata demikian dalam amanatnya kepada lebih 8,000 warga pekerja semasa merasmikan Perhimpunan Hari Pekerja 2010 anjuran Kementerian Sumber Manusia di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: