Monday, May 17, 2010

Anita Sarawak Raikan Warga Media Ala Itali

Kak Nita dan Abang Mahathir beramah mesra bersama warga media.

DIVA tersohor, Anita Sarawak meraikan kira-kira 120 warga media cetak dan elektronik dalam satu majlis ala Itali yang meriah di Restoran Sassorosso, Kuala Lumpur pada Sabtu lalu.

Anita yang lebih mesra disapa Kak Nita dan suami tersayangnya, Mahathir Abdullah begitu mesra melayan tetamu.

Warga media datang dengan berpakaian seperti bintang handalan. Ada yang meniru gaya Phantom of the Opera, Superman, cowboy dan sebagainya.

Sebelum majlis bermula, Kak Nita sendiri turun padang membuat dekorasi di meja makan.

Kelopak bunga-bungaan serta serpihan kayu manis ditaburkannya di atas meja.

Pasangan bahagia yang secocok.

"Restoran ini satu-satunya tempat makan yang membenarkan Kak menaburkan kayu manis di atas meja. Ia menyebarkan bau wangi," kata Kak Nita kepada mStar Online.

Bermundar-mandir Kak Nita dan Abang Mahathir memastikan persiapan dibuat dengan teratur.

Kesemua ini demi memastikan warga media yang menjadi teman setia Kak Nita diraikan bagai diva tersohor pula!

Parti dimulakan dengan ucapan ringkas Abang yang melahirkan penghargaan tinggi kepada media selama ini.

"Parti ini khas untuk anda semua. Kami sangat menghargai anda. Berseronoklah sepuas-puasnya kerana kita juga menyediakan pertandingan menyanyi serta mekap," katanya.

Pelbagai hadiah menarik disediakan kepada para pemenang. Antaranya, lampu meja berputar, lukisan antik serta barangan elektronik lain.

Para tetamu kemudian menjamu selera dengan makanan Itali yang enak seperti makaroni dan spageti, buah-buahan bersalut coklat serta daging bebiri muda panggang.

Chef Itali, Giovanni kata Kak Nita, memantau kualiti makanan pada tahap terbaik.

Selesai menjamu selera, pertandingan bermula dan disusuli dengan sesi karaoke.

Semua warga media pulang dengan kenangan manis yang dicetuskan Kak Nita dan Abang Mahathir.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: