Monday, May 24, 2010

19 maut nahas kereta api


ANGGOTA-ANGGOTA penyelamat melakukan pemeriksaan ke atas gerabak yang terbabas akibat tanah runtuh di mukim Dongxiang, China semalam.


BEIJING - Sebuah kereta api dirempuh tanah runtuh semalam di timur China menyebabkan 19 orang maut dan lebih 70 lagi cedera, lapor media semalam.

Menurut laporan stesen televisyen China Central Television, semasa kejadian kereta api itu dalam perjalanan ke lokasi pelancongan di bandar Guilin dari Shanghai.

Hujan lebat menyebabkan tanah runtuh itu berlaku di sebuah kawasan pergunungan di mukim Dongxiang, di wilayah timur Jiangxi.

Menurut agensi berita Xinhua, kira-kira 2,000 anggota penyelamat berjaya menarik keluar 53 orang yang terperangkap di dalam gerabak.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: