Friday, March 19, 2010

Warga asing ditahan di sekitar Chow Kit


ANGGOTA polis memerhatikan sebahagian daripada 16 warga asing yang ditahan di sekitar Chow Kit, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Seramai 16 warga asing ditahan atas pelbagai kesalahan dalam satu operasi bersepadu yang dijalankan oleh pihak berkuasa di sekitar Jalan Chow Kit di sini semalam.

Operasi selama dua jam bermula pukul 10 pagi itu disertai oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Abdul Hamid Mohd. Ali berkata, dalam operasi itu, pihaknya telah menahan seramai 16 lelaki warga asing.

"Tiga belas daripada yang ditahan itu merupakan pendatang asing tanpa izin manakala tiga lagi melakukan kesalahan menyalahgunakan permit perjalanan.

"Daripada jumlah itu, tujuh merupakan pendatang dari Indonesia, tiga dari Nigeria dan masing-masing dua dari India, Bangladesh dan Kemboja," katanya kepada pemberita di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: