Tuesday, March 16, 2010

Sienna dan Law mahu tinggal sebumbung




LOS ANGELES 15 Mac - Sienna Miller yang kembali menjalin hubungan dengan bekas tunangnya, Jude Law pada tahun lalu dikhabarkan akan tinggal bersama. Pelakon lelaki Britain terbabit mempunyai tiga anak dengan bekas isterinya, Sadie Frost dan seorang anak dengan model terkenal, Samantha Burke.

Miller didakwa menjalin hubungan rapat dengan anak-anak Law dan tidak sabar untuk menemui anak tunangnya yang berusia lima bulan bernama Sophia.

Menghabiskan masa bersama anak-anak itu menyebabkan Miller ingin menimang cahaya mata sendiri dan pelakon wanita berusia 28 tahun itu dikatakan telah berbincang dengan Law untuk berbuat demikian.

"Miller seorang wanita yang matang dan dia tahu hidup tidak selalunya sempurna, namun dia sedar Law adalah lelaki yang terbaik untuknya dan mahu memiliki anak dengannya.

"Mereka sangat bahagia dapat kembali semula dan Miller sedang serius memikirkan hasratnya untuk mula berkeluarga," kata seorang sumber kepada majalah Closer.

Sumber itu menambah, Law ingin menemui Sophia, namun Miller adalah orang yang sering menggesanya untuk mula menjaga bayi perempuannya itu.

"Miller juga sangat menyayangi tiga anak Law yang lain dan tidak sabar untuk menemui Sophia apabila masanya tiba nanti," katanya.

Miller baru-baru ini mendedahkan bahawa dia mengurangkan gaya hidup berparti dan lebih banyak menghabiskan masa di rumah.

Malah, bintang itu turut memupuk minat berkebun dan mendedahkan bahawa dia berhasrat untuk memasak buat anak-anaknya itu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: