Monday, March 29, 2010

Shakira tidak mahu kahwin


SHAKIRA membuat persembahan pada satu program televisyen di Salzburg, Austria kelmarin.


LOS ANGELES - Penyanyi latin, Shakira membuat pengakuan bahawa dia tidak mahu berkahwin dengan teman lelakinya iaitu seorang ahli perniagaan, Antonio De La Rua, lapor sebuah akhbar semalam.

Shakira yang popular dengan lagu Hip Don't Lie menganggap bahawa perkahwinan itu bukanlah sesuatu yang romantik dan dia tidak suka kepada terma undang-undang perkahwinan.

Dia memberitahu akhbar News of the World, hubungan dengan teman lelakinya sangat romantik dan dia ingin kekal sebagai teman wanitanya selama-lamanya.

"Memakai gaun putih perkahwinan adalah sangat romantik tetap perkara utama mengenai perkahwinan adalah kontrak dan ia tidak romantik bagi saya.

"Saya tidak mahu berada dalam tekanan. Selepas perkahwinan, apa yang sering difikirkan oleh pasangan (suami isteri) adalah bilakah penceraian akan berlaku," katanya yang sudah bersedia untuk memiliki anak dengan Rua.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: