Monday, March 22, 2010

Shahril peserta pertama tersingkir


SHAHRIL turun dari pentas selepas tersingkir pada konsert pertama AF8 di Bukit Jalil malam tadi.


KUALA LUMPUR - Buat pertama kali dalam sejarah Akademi Fantasia (AF), peserta AF musim kelapan (AF8), Shah atau nama sebenarnya Muhammed Shahril Mohd. Hussein, 26, pelajar lelaki pertama yang disingkir pada konsert pertama yang berlangsung di Bukit Jalil di sini malam tadi.

Peserta kelahiran Klang, Selangor itu berada di zon bahaya apabila mendapat undian paling rendah iaitu 2.66 peratus diikuti Alif sebanyak 2.85 peratus dan Maulana sebanyak 3.75 peratus.

Shahril yang menyampaikan lagu Bengang nyanyian Akim berkata, dia gembira kerana diberi peluang untuk menyertai AF8 setelah mencuba nasib menjalani uji bakat AF sebanyak enam kali.

"Walaupun disingkir awal, saya akan mempraktikkan pembelajaran yang saya pelajari selama ini. Lagipun saya menyertai AF bukan kerana glamor tetapi mahukan ilmu daripada tenaga pengajar.

"Saya harap dapat meneruskan perjuangan seni nyanyian selepas ini," katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: