KUALA LUMPUR - Taktik empat lelaki yang menjadikan kawasan rumah kongsi warga Indonesia sebagai gelanggang sabung ayam sejak beberapa bulan lalu terbongkar apabila diserbu di tapak projek kondominium separuh siap di Taman Melati, Wangsa Maju di sini semalam.
Ketika diserbu pada pukul 4 petang itu, empat lelaki tersebut bersama hampir 100 kaki judi yang pada mulanya ghairah bersorak semasa ayam masing-masing sedang bersabung, bertempiaran lari ke dalam kawasan semak berhampiran.
Difahamkan, empat lelaki berkenaan telah memungut wang pertaruhan yang mencecah RM300,000 sejak ia beroperasi.
Kaki judi itu juga turut memasang pisau kecil pada taji ayam-ayam sabung mereka bertujuan untuk mempercepatkan kemenangan.
Pegawai Turus Cawangan Anti Maksiat, Kongsi Gelap dan Perjudian (D7) Kuala Lumpur, Deputi Supritendan Razali Abu Samah berkata, pihaknya menahan 56 kaki judi termasuk penganjur berkenaan berusia antara 20 dan 50 tahun dalam serbuan itu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: