Wednesday, March 10, 2010

Profesor atasi gred naib canselor


SEBAHAGIAN daripada penjawat awam melafaz ikrar selepas mendengar amanat Najib pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-11 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA - Kerajaan akan mengkaji skim perkhidmatan pensyarah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan institut perguruan supaya jawatan profesor tidak semestinya dibendung oleh jawatan yang dipegang naib canselor.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, itu bermaksud sekiranya terdapat profesor yang amat berwibawa dan tersohor, mereka boleh memperolehi gred lebih tinggi daripada seorang naib canselor.

"Ini satu perubahan yang menetapkan kepada penilaian seseorang itu dari segi tahap keilmuan yang ada pada dia dan ini bererti bahawa tidak semestinya seorang itu nak naik pangkat mesti merebut jawatan untuk jadi naib canselor atau timbalan naib canselor," katanya kepada pemberita di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: