Monday, March 22, 2010

Perempuan simpanan Woods mahu saman


Uchitel


LAS VEGAS - Peguam perempuan simpanan Tiger Woods, Rachel Uchitel mengancam untuk menyaman seorang pelawak di Las Vegas kerana komennya di rangkaian sosial Facebook, lapor sebuah akhbar semalam.

Pelawak itu, Jeff Beacher telah melabelkan wanita simpanan Woods itu sebagai pelacur, jalang dan sundal dalam laman perkongsian sosial Facebook.

Salah seorang daripada peguam Uchitel telah mengeluarkan sepucuk surat pada Selasa berhubung komen yang berunsur fitnah itu dan meminta ia ditarik balik.

Uchitel, 35, merupakan perempuan simpanan pertama Woods yang didedahkan oleh media pada tahun lalu.

Sejumlah wanita dikaitkan dengan bintang golf itu sehingga menyebabkan rumah tangganya dengan bekas model, Elin Nordegren di ambang kehancuran.

Namun, Woods menjalani rawatan pemulihan seks dan meminta maaf pada satu sidang akhbar pada bulan lalu.

Sementara itu, isteri Woods dilaporkan berasa kecewa dengan keputusan suaminya untuk kembali menyertai pertandingan golf dalam tempoh terdekat.

Menurut satu sumber, Elin berasa kecewa kerana suaminya pernah berjanji untuk tidak menyertai pertandingan golf buat sementara waktu.

Pada minggu lalu, bintang golf itu mengumumkan dia akan kembali bertanding di Augusta, Amerika Syarikat (AS) pada 8 April depan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: