Thursday, March 18, 2010

Pengawal HRPZ II lancar mogok


SEORANG anggota Rela (kiri) melayan pertanyaan orang ramai di kaunter Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU - Keselamatan dan lalu lintas di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini terjejas seketika apabila 105 pengawal keselamatan yang bertugas di hospital itu melancarkan mogok sejak dua hari lalu.

Mogok itu diadakan sebagai tanda tidak puas hati terhadap tindakan pengurusan sebuah syarikat pengawal keselamatan yang didakwa lewat membayar gaji.

Seorang pengawal keselamatan yang enggan didedahkan identitinya mendakwa, dia dan rakan-rakannya sering menerima gaji lewat dan tidak pada tarikh yang dijanjikan oleh syarikat iaitu pada 13 haribulan setiap bulan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: