Monday, March 29, 2010

Pelancong beg galas punca penyakit seks

SYDNEY – Pelancong-pelancong beg galas akan menjadi sasaran pihak berkuasa kesihatan di Australia bagi mengawal jangkitan penyakit seksual yang semakin meningkat, lapor sebuah akhbar semalam.

Perangkaan terbaru menunjukkan pelancong asing muda suka meminum minuman keras, bertukar-tukar pasangan seks dan tidak memakai kondom berbanding penduduk Australia.

Kajian yang dilakukan selama lapan tahun itu menunjukkan 5,700 pelancong beg galas yang mengunjungi Pusat Kesihatan Seksual Sydney mendapati bahawa budaya seks, parti dan alkohol menjadi punca jangkitan penyakit seksual.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: