![]() |
| Pelbagai barangan menarik boleh ditebus dalam program mata tebusan Magnolia. |
BAGI penggemar ais krim, nikmatilah kelazatan ais krim Magnolia sama ada secara cawan, kon atau batang untuk mendapatkan pelbagai alat hiburan hebat edisi terhad bernilai RM400,000.
Mulakan dari sekarang dengan mengumpul mata daripada mana-mana ais krim untuk mendapatkan antaranya 100 barangan Sony PSP (playstation portable) atau 200 Sony Buddy Walkman.
Menurut Penolong Pengurus Besar Bahagian Ais Krim F&N Dairies (M) Sdn. Bhd., Woon Chun Han, program mata penebusan Magnolia Mag-a Deal Redemption memberi peluang untuk menyebarkan kebaikan ais krim Magnolia dan memberi ganjaran kepada pelanggan setia.
''Sony PSP dan Sony Buddy Walkman sangat diminati oleh kanak-kanak, remaja dan juga dewasa Program tebusan ini adalah bonus berganda bagi pengguna kerana mereka bukan sahaja berpeluang untuk memenangi hadiah menarik tetapi juga menikmati ais krim Magnolia,'' katanya.
Bagi menebus Sony PSP, penggemar ais krim memerlukan 60 mata dan satu batang istimewa, manakala Sony Buddy Walkman memerlukan 20 mata dan satu batang istimewa.
Selain itu pelanggan juga boleh menebus banyak hadiah Magnolia menarik seperti CD edisi terhad (50 mata), kemeja-T (45 mata) dan pelampung serba guna (40 mata).
Memudahkan pelanggan setia mengumpul mata atau menebus hadiah dengan serta-merta, trak Mobil Ais Krim Magnolia akan menjelajah ke kawasan terpilih di seluruh Lembah KLang seperti di SS2, Damansara Uptown, Taipan, Kuchai Lama, Bukit Raja Klang dan Jalan Sultan Ismail mulai penghujung Mac ini hingga awal Jun untuk memastikan anda tidak terlepas peluang keemasan ini untuk merebut pelbagai hadiah menarik.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: