PERCUBAAN teater pertama Sri Mersing tidak sia-sia kerana belum pun habis pementasan teater adaptasi dari filem melayu lama itu, Leez Rosli telah di war-warkan sebagai pelakon Teater Muzikal Taratak Minang yang bakal dipentaskan pada 13 hingga 18 April ini.
Berkampung selama dua bulan di Istana Budaya menjadikan saat pelajaran paling manis buat akres ini apabila dia mampu berganding bahu dengan pelakon-pelakon baru dan lama. Malah untuk teater Taratak Minang ini dia juga bakal digandingkan dengan pelakon baru dari seberang iaitu Nadia Putri Rosadi dan Hengky Zubir.
Menurut Leez peluang yang diberikan kepadanya akan digunakan sebaik mungkin dalam menjadikan dirinya sebagai pelakon yang serba boleh.
"Bukan senang untuk menerima tawaran ini, saya bernasib baik kerana terpilih sebab saya pelakon baru. Cabaran utama adalah untuk berbahasa Minang. Saya memang orang Negeri Sembilan tapi saya tidak pandai berbahasa Minangkabau.
"Tapi saya sekarang sedang hafal skrip dan bertutur bahasa tersebut dengan betul. Saya akan lebih banyak bertanya daripada yang pakar bahasa itu. Bagi soal watak pula tidaklah terlalu berat," ujarnya yang memegang watak Siti Nurhalisa.
Bercerita tentang Teratak Minang, Leez sebagai seorang gadis minang bernama Siti Nurhalisa menaruh hati kepada seorang jejaka Minang yang berasal dari Padang, Sumatera Barat bernama Buyung.
Buyung yang meninggalkan tanah airnya berhijrah ke Malaysia kerana menyambung pelajarannya itu akhirnya juga terpaut dengan Lisa. Bagaimana pun percintaan mereka mendapat tentangan beberapa pihak sehingga mengakibatkan berlaku pertelingkahan.
Menurut Leez, dia semakin seronok berlakon teater disebabkan keakraban antara pelakon, pengarah dan mereka yang menjayakan sesebuah teater sangat memudahkan mengaplikasikan watak tersebut dengan baik.
"Saya senang bekerja dengan mereka, walaupun kadangkala penat tapi saya dah anggap ia sebagai seronok. Kami sudah menganggap sebagai satu keluarga, jadi mudah untuk saya menghayati sesebuah watak itu.
"Walaupun berlakon teater lebih memenatkan dari teater namun saya rasa hidup lebih teratur. Displin di teater dan masa etlah ditetapkan iaiatu masa berlatih, masa persembahan dan sebagainya. Kalau penggambaran sesebuah drama selalunya mengambil masa yang agak lama sampai ke malam dan tidak tentu," jelasnya yang kini lenih selesa berlakon teater.
Dalam pada itu juga Leez menyifatkan sebagai satu bonus kepadanya kerana dapat berlakon dengan orang-orang lama dalam bidang ini.
"Pada mulanya saya berasa agak takut-takut tapi setelah kenal dengan mereka saya rasa sangat bertuah. Mereka banyak beri tunjuk ajar dan tips kepada saya untuk melakonkan sesuatu watak," jelanya yang turut bersama pelakon vateren Datin Rosnani Jamil, Razali Buyong dan Ally Noor.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: