Wednesday, March 3, 2010

Jangan terburu-buru tukar pasport


KAKITANGAN Imigresen, Sophiana Simdie menunjukkan Pasport Malaysia dan e-Pasport Malaysia versi ICAO (kanan) di Putrajaya semalam.


SEPANG - Orang ramai dinasihatkan tidak terburu-buru menukar pasport sedia ada yang ditawarkan pada harga mampu milik RM100 untuk tempoh dua tahun kepada e-Pasport Malaysia versi Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).

Desas-desus mengenai pasport lama itu yang kononnya akan dihentikan pengeluarannya selepas e-Pasport mula dikeluarkan bulan lepas mendorong banyak kaunter Imigresen di Lembah Klang sesak.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Abdul Rahman Othman memberi jaminan kerajaan tidak akan menghentikan pengeluaran pasport lama selagi ia masih sah digunakan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: