EL CAJON, California - Seorang pemilik kereta Toyota Prius, James Sikes menceritakan detik-detik keretanya mengalami masalah pedal minyak tersangkut sehingga mengakibatkannya meminta pertolongan daripada polis pada Isnin lalu di sebuah lebuh raya di San Diego, California.
"Kereta saya tidak boleh diperlahankan," katanya kepada seorang anggota polis lebuh raya yang menjawab panggilan telefonnya.
Sebuah kereta polis kemudian tiba dan berada di depan keretanya selepas Sikes meminta pertolongan.
Sikes yang berumur 61 tahun menyatakan dia tidak dapat memperlahankan kenderaan di sebuah lebuh raya di San Diego di California, Amerika Syarikat (AS).
Seorang anggota polis kemudiannya memberitahunya supaya menggunakan brek kecemasan dan biasa serta mematikan enjin.
Kereta itu kemudian berhenti selepas kereta Prius tahun 2008 itu menghampiri 137 kilometer sejam sebelum perlahan dengan kelajuan 88 kilometer sejam.
Pada kelajuan 88 kilometer sejam itu, Sikes mematikan enjin dan kereta itu berhenti.
"Saya menolak pedal minyak untuk memotong sebuah kereta dan kemudian berlaku sesuatu yang aneh.
"Saya menekan dan ia tersangkut (pedal minyak).
"Semasa ia bergerak, saya cuba untuk menekan brek. Kereta itu tidak berhenti," kata Sikes.
Ekoran kejadian itu, Toyota dan agensi keselamatan AS melakukan siasatan mengenai masalah pedal minyak.
Sebelum ini, syarikat Toyota Motor Corp telah memutuskan untuk memanggil balik berjuta-juta unit kereta ekoran masalah pedal minyak di beberapa buah negara di dunia.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: