Sunday, March 28, 2010

Beyonce Tidak Mengandung

KENYATAAN terbaru daripada wakil penyanyi Beyonce Knowles yang menyangkal khabar angin mendakwa penyanyi itu sedang hamil telah menamatkan segala spekulasi yang timbul baru-baru ini.

Pengumuman itu dilakukan oleh publisis Beyonce, Alan Nierob, yang enggan mengulas lanjut berhubung desas-desus yang timbul, demikian menurut laporan di laman web contactmusic.com.

Sementara itu, jurucakap kepada suaminya Jay-Z juga enggan membuat sebarang kenyataan. Bagaimanapun, wakil kepada label Beyonce, Sony Music menegaskan bahawa berita itu adalah tidak benar.

Pasangan itu berkahwin pada April 2008.

1 comment:

Tinggalkan Komen Anda Sini: