| Selesai sudah pencarian Kacak Bergaya Vigor Pancaindera 2010 yang telah menobatkan Ahmad Bakri bin Marfi sebagai juara. Acara gilang gemilang yang berlangsung di Hotel Legend ini menyaksikan 12 finalis Kacak Bergaya memperagakan pakaian tradisional pahlawan Melayu tajaan Istana Budaya, pakaian sut dari Rahman Saif, Batik dari Noor Arfa Batik serta pakaian kasual koleksi Gedung Al-Habshee.
Peserta bukan sahaja dinilai daripada penampilan dan imej, namun pengetahuan am yang tinggi diambil kira dalam pemilihan yang dijurikan oleh Erra Fazira, Rashidi Ishak, Raja Azmi, Saiful Nujaimi Abd Rahman, dan Mahani Awang.
Bakri ditabalkan sebagai juara Pencarian Kacak Bergaya 2010. Naib juara disandang oleh Hafizul bin Ahmad Kamal manakala tempat ketiga dipegang oleh Mohd Nurul Afiq bin Hussain.
Hadiah iringan juga disediakan dimana Mohd Zulhairi b Mohd Jamal mendapat Anugerah Pilihan Pembaca. Anugerah Pilihan AirAsia pula melayakkan Ahmad Mathini bin Ab Razak menerima percutian ke Columbo, Sri Lanka sekaligus ditawarkan bekerja sebagai pramugara di syarikat penerbangan tersebut. Sementara itu, keceriaan dan keramahan Ahmad Tarmizie bin Suhaimi menambat hati juri untuk memilihnya memenangi Anugerah Pilihan Pancaindera.
|
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: