MUAR - Suasana tenang dan ceria di Taman Didikan Kanak-Kanak (Tadika) Sinario di Lorong Haji Ali di sini semalam bertukar ganas apabila seorang lelaki kurang siuman mengamuk dengan menghentak kepala tiga murid dengan tukul besi selain menyembur cecair lada ke muka pengetuanya.
Kejadian mencemaskan pukul 10 pagi itu berlaku apabila suspek menaiki sebuah motosikal dengan memakai topi keledar bertutup penuh dan berpakaian serba hitam bertindak menceroboh kawasan tadika selepas memanjat pagar.
Ekoran amukan tersebut, tiga kanak-kanak masing-masing berusia enam tahun iaitu Alex Tan Kar Eik dan Nur Nadhrah Nabila Mohd. Yusri mengalami retak tempurung kepala manakala Vincent Tey Hui Seng hanya mengalami luka.
Menurut pengetua tadika berkenaan, Voon Siew Kion, 45, sebelum kejadian, terdapat 60 kanak-kanak sedang menikmati sarapan pagi.
Tadika berkenaan mempunyai tiga buah kelas dan ketika kejadian, hanya sebuah kelas sahaja yang diserang suspek membabitkan 20 pelajar manakala 40 pelajar dan dua lagi guru berada di kelas lain.
Kata Siew Kion, ketika leka bersarapan, tiba-tiba mereka dikejutkan dengan kedatangan seorang lelaki yang terus menendang pintu jeriji tadika yang tidak dikunci selepas memanjat pagar depan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: