Tuesday, March 14, 2017

Tyra Banks Kembali Ke Televisyen Sebagai Pengacara




Tyra Banks bakal menggalas tanggunjawab sebagai hos terbaharu America's Got Talent.
MODEL terkenal Tyra Banks bakal membuat kemunculan semula di televisyen apabila dipilih sebagai hos program America's Got Talent.
E! News melaporkan Tyra akan memulakan tugasnya sebagai pengacara untuk musim ke-12 rancangan itu.
Tyra menggantikan pengacara terdahulu iaitu Nick Cannon yang sudah tujuh tahun mengendalikan America's Got Talent.
"Saya teruja dengan tugas baharu ini dan berharap dapat berkongsi impian bersama peserta-peserta musim terbaharu itu nanti," katanya dalam satu kenyataan.

Bidang pengacaraan bukan asing buat Tyra kerana sebelum ini dia terkenal menerusi program America's Next Top Model dan mempunyai rancangan bual bicaranya sendiri iaituThe Tyra Banks Show.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: