Thursday, March 16, 2017

CK Faizal Sedia Dikecam Kerana 'Bujang Duda' Bersama IR Radzi



Ir Radzi (kiri) dan CK Faizal menghasilkan single 'Bujang Duda' 
KUALA LUMPUR: Pengacara CK Faizal terbuka menerima sebarang teguran dan kritikan netizen dengan percubaan pertamanya sebagai penyanyi menerusi lagu duet berjudul 'Bujang Duda' bersama penyanyi, Ir Radzi.
Kata CK Faizal, 34, yang juga penulis lirik lagu tersebut, dia mengakui sebagai orang baru dalam lapangan nyanyian, tidak semua yang dirancang akan jadi sempurna namun di situlah pembelajarannya.
"Soal akan dikecam, saya awal-awal lagi sudah bersedia dengan perkara itu kerana setiap orang berhak untuk menyatakan pendapat.
"Cuma ingin saya tegaskan, nyanyian buat masa ini bukan keutamaan saya sebaliknya menerusi projek single ini, kami ingin meraikan ikatan persahabatan kami selama enam tahun selain akan terus berkolaborasi dengan Ir Radzi menerusi beberapa buah lagu selepas ini," katanya.
CK Faizal (dari kiri), Ir Radzi dan wakil syarikat menaungi artis berkenaan ialah Aszuad Zakaria.
CK Faizal ditemui di majlis pelancaran single duetnya bersama Ir Radzi berjudul 'Bujang Dara' bertempat di Jibby East Reastaurant, Taman Melati, di sini pada Rabu.
Dalam pada itu kata pemilik nama Che Kamarul Faizal ini lagi, dia menerima cabaran Ir Radzi untuk menulis lirik lagu Bujang Duda pada pukul 1 pagi dan hanya mengambil masa kurang daripada empat jam untuk menyiapkannya.
"Saat menerima voice note daripada IR Radzi tentang melodinya, saya dapat inspirasi dengan lagu Nakal (Ayda Jebat) dan Perawan Atau Janda sehingga terzahirnya idea untuk mengetengahkan kisah Bujang Duda ini tepat pada jam 4 pagi.
"Bujang Duda menceritakan sifat dan lumrah naluri lelaki yang suka melihat perempuan lain, namun hanya sekadar melihatsahaja, walaupun sudah memiliki kekasih atau isteri kerana fitrah lelaki kebanyakannya ada yang gatal dan sukakan kecantikan," katanya berseloroh.
Manakala Ir Radzi pula memberitahu, CK Faizal mempunyai potensi untuk bergelar penyanyi namun masih banyak yang perlu dipelajari jika sahabatnya itu berniat untuk terus serius dalam lapangan nyanyian.
"Dia (CK Faizal) ada tona suara tersendiri dan selama kami pernah berkaraoke, saya nampak potensi dia sebagai seorang penyanyi namun untuk waktu ini keselesaannya pada lagu-lagu genre ringan dan easy listening seperti lagu Bujang Duda ini,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: