REMBAU - "Ini sesuatu yang tidak dijangka kerana tidak pernah alami sejak tinggal di sini 48 tahun dulu."
Fuziah Alias, 63, antara mangsa yang terjejas akibat banjir kilat di Kampung Batu di sini berkata kejadian itu berlaku dengan amat pantas dan hanya disedari ketika bangun untuk menunaikan solat Subuh.
"Hujan sangat lebat pada masa itu seawal jam 5.30 pagi tadi. Saya tidak sempat menyelamatkan barangan yang saya anggarkan kerosakannya mencecah RM10,000.
"Pun begitu saya reda dengan kejadian ini," katanya ketika ditemui Bernama di sini, hari ini.
Seramai 200 penduduk di Kampung Batu dan Kampung Pulai di sini terjejas akibat banjir kilat itu yang mencecah ketinggian 0.62 meter tetapi tiada pusat pemindahan dibuka selepas air surut kira-kira jam 10.30 pagi tadi.
Banjir kilat itu berpunca daripada hujan lebat sejak malam tadi, sekali gus menyebabkan air Sungai Rembau melimpah.
Ainul Hasni Abu Hassan, 52, juga dari Kampung Batu berkata kejadian itu disedarinya sekitar 7 pagi tadi.
"Ini adalah rumah mak saya dan hujan lebat berlaku antara jam 5.30 dan jam 7 pagi, air mula naik hingga ke paras lutut ke dalam rumah dan kami tidak sempat berbuat apa-apa," katanya.
Bencana itu turut mendapat perhatian Ahli Parlimen Rembau yang juga Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang bergegas dari Putrajaya ke Rembau bagi melihat sendiri mangsa yang terjejas akibat banjir kilat di Kampung Batu.
Dalam lawatan sejam itu, Khairy berkata pihaknya bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat akan memberi bantuan sewajarnya kepada lebih 40 pemilik rumah yang terjejas di dua kampung iaitu Kampung Batu dan Kampung Pulau, esok.
Turut turun padang ialah Adun Kota yang juga Yang DiPertua Dun Negeri Sembilan, Datuk Dr Awaluddin Said.
Fuziah Alias, 63, antara mangsa yang terjejas akibat banjir kilat di Kampung Batu di sini berkata kejadian itu berlaku dengan amat pantas dan hanya disedari ketika bangun untuk menunaikan solat Subuh.
"Hujan sangat lebat pada masa itu seawal jam 5.30 pagi tadi. Saya tidak sempat menyelamatkan barangan yang saya anggarkan kerosakannya mencecah RM10,000.
"Pun begitu saya reda dengan kejadian ini," katanya ketika ditemui Bernama di sini, hari ini.
Banjir kilat itu berpunca daripada hujan lebat sejak malam tadi, sekali gus menyebabkan air Sungai Rembau melimpah.
Ainul Hasni Abu Hassan, 52, juga dari Kampung Batu berkata kejadian itu disedarinya sekitar 7 pagi tadi.
"Ini adalah rumah mak saya dan hujan lebat berlaku antara jam 5.30 dan jam 7 pagi, air mula naik hingga ke paras lutut ke dalam rumah dan kami tidak sempat berbuat apa-apa," katanya.
Bencana itu turut mendapat perhatian Ahli Parlimen Rembau yang juga Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang bergegas dari Putrajaya ke Rembau bagi melihat sendiri mangsa yang terjejas akibat banjir kilat di Kampung Batu.
Dalam lawatan sejam itu, Khairy berkata pihaknya bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat akan memberi bantuan sewajarnya kepada lebih 40 pemilik rumah yang terjejas di dua kampung iaitu Kampung Batu dan Kampung Pulau, esok.
Turut turun padang ialah Adun Kota yang juga Yang DiPertua Dun Negeri Sembilan, Datuk Dr Awaluddin Said.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: