Tuesday, March 21, 2017

Ahli Big Bang Dedah G-Dragon Sering Gagal Bercinta




Ahli kumpulan Big Bang mendedahkan G-Dragon malang dalam soal percintaan.
DI SEBALIK populariti sebagai selebriti terkenal, penyanyi G-Dragon sebenarnya sering mengalami kegagalan dalam percintaan.
Perkara itu didedahkan sendiri oleh anggota kumpulan Big Bang iaitu Taeyang ketika muncul menerusi program MBC Radio Star baru-baru ini.
Dedah Taeyang lagi G-Dragon tidak pandai bercinta dan memainkan peranan dalam sesuatu hubungan yang pada akhirnya ia tidak berkekalan.
Bagaimanapun katanya, rakan mereka itu sebenarnya bijak dalam memberikan nasihat tentang cinta namun tidak pernah digunakan untuk diri sendiri.
"G-Dragon sangat pandai dan bijak apabila menasihat orang lain dalam soal percintaan tetapi dia sendiri teruk kalau bercinta.
"Tetapi selalunya nasihat yang dia berikan tidak membantu malah akan menyebabkan hubungan anda dan teman wanita menjadi semakin buruk," katanya seperti dilaporkan Koreaboo.
Taeyang juga memberitahu dia tidak mahu lagi mendengar nasihat rakan baiknya itu berhubung soal hati dan perasaan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: