Tuesday, March 21, 2017

Chanwoo (iKON) Cedera Ketika Penggambaran Video Muzik




Chanwoo dikejarkan ke hospital selepas mengalami kecederaan ketika menjalani penggambaran video muzik terbaharu kumpulan iKON. 
PENYANYI Chanwoo daripada kumpulan iKON terpaksa dikejarkan ke hospital selepas mengalami kecederaan ketika menjalani penggambaran video muzik terbaharu mereka baru-baru ini.
Koreaboo melaporkan Chanwoo mengalami kecederaan di bahagian buku lali kakinya selepas terjatuh.

Walaupun ingin meneruskan kerjanya namun pihak pengurusannya, YG Entertainment menghentikan penggambaran tersebut dan membawanya ke hospital berdekatan.

YG Entertainment dalam satu kenyataan berkata keadaan Chanwoo tidak serius namun perlu berehat bagi memastikan kecederaan pada bahagian kakinya itu segera sembuh.

Malah kata kenyataan itu, konsert kemunculan semula mereka di Yokohama Arena Dome dalam masa terdekat ini juga tidak akan dibatalkan disebabkan perkara itu.

"Sebab itu kami mahu dia berehat agar dapat beraksi pada konsert itu nanti dan keadaannya juga tidak serius," ujar wakil syarikat itu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: