PENYANYI Datuk DJ Dave, 70, cukup sinonim dengan lagu irama Hindustan ketika zaman kegemilangannya sekitar era 1970-an. Malah sepanjang bergelar artis rakaman, penyanyi bersuara merdu ini telah menghasilkan 42 buah album.
Mengimbas detik awal penglibatannya dalam bidang nyanyian, pemilik nama sebenar Dhammi Jagjit Sukhdev atau nama Islamnya, Irwan Shah Abdullah berkata, dia tidak pernah menyertai sebarang pertandingan nyanyian sebaliknya peluang itu berlaku secara tidak sengaja.
Mengakui pada mulanya menjadikan nyanyian sebagai hobi tetapi pertemuan istimewa dengan seorang remaja kurang upaya di majlis anjuran RTM sekitar tahun 1971 mengubah segalanya.
“Saya mendapat jemputan dari RTM untuk membuat persembahan di Pusat Orang Kurang Upaya (OKU), Cheras. Ketika itu saya menyanyikan sebuah lagu Hindustan daripada filem Suraj.
“Selepas persembahan, saya didatangi remaja berumur sekitar 14 tahun dan bertanya kenapa saya tidak menyanyikan lagu tersebut dalam Bahasa Melayu kerana dia sangat sukakan lagu itu.
“Saya tidak pasti kenapa pertanyaan itu berbekas di hati sehingga tidak dapat tidur pada malam itu, malah turut terdetik alangkah baiknya kalau saya dapat menggembirakan hatinya dengan memenuhi permintaan itu,” ujarnya.
DJ Dave ketika itu bertugas sebagai pegawai di pejabat pos dan tidak pernah terlintas untuk bergelar penyanyi.
Bagaimanapun segalanya mula berubah apabila dia ditukarkan ke pejabat pos cawangan Seksyen 17, Petaling Jaya, berhampiran dengan sebuah studio rakaman.
“Saya tiba-tiba terdorong untuk pergi ke studio itu bagi menjalani sesi uji bakat. Dengan penuh yakin saya memberitahu pengurus di situ untuk menjadi penyanyi yang berjaya.
“Namun pengurus tersebut menolak dengan alasan saya tidak fasih Bahasa Melayu sedangkan ketika itu lagu Melayulah paling mendapat perhatian,” imbasnya.
Perkara itu tidak mematahkan semangat DJ Dave, sebaliknya dia menyahut cabaran membaiki kelemahan bahasa Melayu.
“Selepas kejadian itu saya memberitahu semua rakan di pejabat bahawa mereka wajib bercakap Bahasa Melayu dengan saya, jika ada yang tersalah cakap bahasa lain, mereka akan didenda 5 sen.
“Enam bulan selepas itu, saya pergi sekali lagi ke studio tersebut dan berjumpa dengan pengurus yang sama dan akhirnya saya diterima merakamkan piring hitam (EP) mengandungi empat lagu,” ceritanya yang mengeluarkan duit simpanan sendiri untuk pembikinan EP ini.
Menariknya, kesemua lagu mendapat sambutan hebat terutama Maafkanlah iaitu lagu Hindustan yang liriknya ditulis semula dalam Bahasa Melayu.
“Lagu itu sangat bermakna kerana itulah lagu yang saya nyanyikan ketika bertemu dengan remaja OKU yang mahu saya nyanikan dalam Bahasa Melayu. Benarlah katanya, lagu itu lebih sedap didengar dalam bahasa Melayu,” katanya.
25 tahun bersama EMI
Pada tahun 1973, DJ Dave ditawarkan bernaung di bawah syarikat rakaman EMI Music yang ketika itu turut dinaungi artis terkenal tanah air seperti Datuk Sharifah Aini dan Hail Amir.
“Di EMI saya mendapat pelbagai peluang yang lebih baik untuk mengembangkan bakat malah dari kontrak yang ditandatangani untuk tempoh tiga tahun akhirnya berterusan sehingga 25 tahun.
“Di sini juga saya bekerja dengan orang-orang yang hebat dalam industri seperti Datuk Ahmad Nawab yang cukup terkenal dengan karya yang luar biasa,” akuinya.
Antara lagu-lagu yang pernah menaikkan nama DJ Dave ialah Ingin Bersua, Di Desa kasihku Tertumpah, Nora, Mari Berdansa, Hanya Mimpi dan Cinta Abadi.
Pengsan ketika menyanyi
Mengimbas kenangan yang tidak dapat dilupakan sepanjang bergelar penyanyi, kata DJ Dave, peristiwa yang berlaku ketika membuat persembahan di Parit, Perak sentiasa berbekas di hatinya sehingga ke hari ini.
“Pada hari konsert berlangsung saya dimasukkan ke hospital kerana demam panas dan doktor tidak membenarkan saya membuat persembahan.
“Namun disebabkan tiket sudah jual dan memikirkan peminat yang sudah tunggu saya berkeras mahu membuat persembahan. Bila tiba di sana, saya hanya sempat menyanyi beberapa baris lagu sebelum pengsan,” ceritanya sambil ketawa.
Meskipun pernah meraih pelbagai kejayaan dan populariti sepanjang perjalanan kerjaya seni, DJ Dave masih lagi kekal dengan sikapnya yang suka merendah diri, malah seorang yang cukup menjaga disiplin diri.
“Apa pun yang kita lakukan, disiplin mesti nombor satu mendahului segala-galanya. Jika seseorang itu gagal menjaga disiplinnya, dia tidak akan ke mana.
“Untuk kekal bertahan dalam industri juga, usaha yang berterusan harus dilakukan dan ia bukan mengamalkan sikap mudah berpuas hati dengan apa yang dicapai,” kongsinya.
DJ Dave masih aktif menyanyi sehingga kini dan dalam masa yang sama terlibat dengan pelbagai kerja amal di bawah Yayasan Artis 1 Malaysia.
“Yayasan ini ditubuhkan pada tahun 2012 dengan tujuan menjaga kebajikan artis-artis yang memerlukan bantuan.
“Kami lakukan kerja ini secara sukarela dan tidak bergaji kerana atas dasar tanggungjawab dan kesedaran membantu rakan-rakan,” katanya yang juga presiden yayasan.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: