ANKARA - TURKI. Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan menegaskan beliau akan segera meluluskan pelaksanaan semula hukuman mati selepas referendum Perlembagaan baharu.
"Dengan izin ALLAH, selepas proses undian pada 16 April depan, Parlimen akan melakukan segala yang perlu untuk laksanakan hukuman ini," katanya di hadapan penyokong di Canakkale, kelmarin.
Erdogan membayangkan mereka yang mendalangi cubaan rampasan kuasa pada Julai lalu, bakal berdepan hukuman mati tersebut.
Erdogan memberitahu, pembaharuan Perlembagaan itu menjamin kestabilan dan keselamatan sistem politik Turki, sekali gus menjadikan ia berdiri sama dengan negara terkuat lain di seluruh dunia.
Erdogan menyatakan Turki akan mengambil tindak balas sewajarnya terhadap Belanda dan negara Kesatuan Eropah lain yang menyekat pegawai dari Ankara menyertai perhimpunan referendum April dalam usaha meraih sokongan pengundi di kalangan rakyat rantau terbabit.
"Dengan izin ALLAH, selepas proses undian pada 16 April depan, Parlimen akan melakukan segala yang perlu untuk laksanakan hukuman ini," katanya di hadapan penyokong di Canakkale, kelmarin.
Erdogan membayangkan mereka yang mendalangi cubaan rampasan kuasa pada Julai lalu, bakal berdepan hukuman mati tersebut.
Erdogan memberitahu, pembaharuan Perlembagaan itu menjamin kestabilan dan keselamatan sistem politik Turki, sekali gus menjadikan ia berdiri sama dengan negara terkuat lain di seluruh dunia.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: