TREND selendang tampal semakin mendapat tempat bukan sahaja golongan dewasa, malah remaja.
Pelbagai corak tudung yang direka dan digayakan memenuhi keperluan dan disesuaikan pelbagai acara.
Penggunaan material berkualiti serta corak yang menarik menekankan minimalis dan elemen semula jadi membuatkan si pemakai tampil bergaya.
Warna-warna lembut terutama pastel paling digemari ramai, sesuai dengan trend fesyen tempatan terkini membuatkan selendang tampal lebih senang disuai padan dengan pelbagai gaya.
"Saya bertanya kepadanya dan dia memperkenalkan saya satu jenama selendang tampal terkenal di Lembah Klang.
"Dengan menggunakan material selendang berkilau, ia senang dibentuk dan nampak 'classy'. Saya membelinya melalui online.
"Saya meminati corak 'patches' dan skyline KLCC, harga yang dikenakan berbaloi. Si pemakai akan kelihatan eksklusif," katanya.
Corak bunga tarik perhatian
Pekerja swasta, Raja Intan Raja Azaham berkata, dia mengenali selendang jenis itu sejak Januari lalu menerusi rakannya.
"Saya suka membeli tudung ini kerana saya boleh memilih sendiri corak, warna dan jenis tudung yang saya inginkan.
"Corak lain yang saya suka adalah patches dan bunga, malah harga yang ditawarkan adalah mampu milik," katanya.
Sementara itu, Wan Hanisah Wan Yacob pula berkata, sejak diperkenalkan rakan pada November lalu, dia kini memiliki hampir 20 koleksi dan kebanyakannya bercorak bunga.
"Tudung itu bukan sahaja boleh dipakai dengan pelbagai gaya, malah harga bagi setiap tudung juga berbaloi.
"Walaupun saya beli tudung ini secara online tetapi saya boleh meminta rekaan yang saya mahukan. Saya juga boleh menentukan kedudukan corak mengikut cita rasa sendiri," katanya.
Jana pendapatan
Bagi pengusaha menerusi jenama Yepposhawl, Nur Hanani Azman berkata, jenama itu merupakan gabungan perkataan yeppo daripada bahasa Korea yang bermaksud cantik, dengan shawl atau selendang.
Katanya, Yepposhawl merupakan 'customize' selendang dan pelanggan boleh memilih sama ada jenis bunga, patches, manik dan jenis selendang.
"Selepas pelanggan buat pilihan, kami akan menampal rekaan menggunakan mesin penekap khas," katanya.
Menurutnya, perniagaan itu bermula sejak November 2016 apabila dia mempunyai banyak koleksi selendang tidak bercorak dan merasakan ia membosankan.
"Saya mula menampal bunga menggunakan seterika untuk diri sendiri tetapi hasilnya tidak begitu cantik. Saya dan ibu mengambil keputusan untuk membeli mesin itu bernilai RM1,500.
"Warna bunga yang keluar menggunakan mesin itu ternyata berbeza," ujarnya.
Menurutnya, sambutan diterima juga menggalakkan dan di luar jangkaan.
Katanya, bagi rekaan bunga, pihaknya mendapatkannya daripada pelbagai sumber luar. Ia membolehkan Yepposhawl menawarkan lebih 100 jenis bunga.
"Rekaan yang dapat permintaan tinggi adalah tiga bunga kelihatan seperti diwarnakan guna warna air dan skyline KLCC," katanya.
Yepposhawl menjual selendang kosong berharga RM10 dan selendang berbunga RM20, Shawl KLCC RM25, shawl tampal RM25.
"Sehingga kini, Yepposhawl menerima tempahan di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Kami juga pernah menerima tempahan dari Brunei," katanya.
Nur Hanani mengharapkan jenama itu bertahan dan memberi inspirasi kepada mereka yang belum bertudung.
"Saya bercita-cita mempunyai kedai yang menghimpunkan koleksi Yepposhawl dan sentiasa bersedia berusaha memperluaskan perniagaan ini," katanya
.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: