BANTING - Pesta Orkid dan Flora yang diadakan berhampiran Stesen Bas Banting di sini, bukan saja menampilkan pelbagai jenis pokok bunga dan hiasan.
Malah, pesta yang berlangsung sejak kelmarin sehingga 26 Mac ini turut menampilkan lebih 100 jenis ulam, herba dan pokok buah-buahan termasuk pokok hibrid yang yang menarik perhatian pengunjung.
Sebahagian besar jenis ulaman dan herba itu jarang atau mungkin tidak ditemui di tempat lain di negara ini, kecuali hanya di tapak pesta yang berlangsung di Tapak Pasar Lama Banting itu.
Program anjuran Best Event dengan kerjasama MPP Zon 17, Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) itu turut membuka peluang kepada pencinta tanaman untuk membeli pokok buah-buahan yang mahu menikmati hasil hanya tempoh masa dua tiga tahun.
“Selain itu, terdapat juga ulaman dan herba seperti serai acheh dan ketumbar jawa.
“Antara lain, ulaman dan herba termasuk mengkudu, ketum cina, lempoyang, lemuni, sirih, belalai gajah serai wangi dan bermacam lagi boleh didapati di sini,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.
Seorang peniaga yang rancak menerima kunjungan pengunjung, Norfaridah Rozali, 35 yang mengusahakannya tidak sangka sambutan amat menggalakkan.
Katanya, kelebihan lokasi jualan terletak di tepi jalan menjadi tumpuan pengunjung.
“Antara tarikan pengunjung adalah pokok pokok herba ulaman, buah nadir, buah-buahan hibrid dan juga bunga-bunga wangi seperti bunga melur.
“Kat tempat akak ada lebih 106 spesies jenis pokok dengan harga serendah RM7 hingga RM35 dan kebanyakan pengunjung memang cari pokok yang tak payah tunggu lama untuk berbuah,” katanya.
Selain itu, pengunjung juga boleh mendapatkan pelbagai tumbuhan dan pokok-pokok yang ada di antaranya semakin pupus termasuk binjai, mentega, jambul bol dan lada sarawak.
Manakala spesies durian musang, durian mothong, musang king yang boleh ditanam dalam pasu sahaja
.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: