PETALING JAYA: Usaha pelakon Adi Putra untuk menyelamatkan rumah tangganya yang sebelum ini pernah dilanda badai tidak berjaya apabila dia mendaftarkan permohonan untuk bercerai dengan isteri pertamanya Aida Yusof.
Pendaftaran itu dilakukan di Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Lumpur dekat sini pada 3 Mac lalu.
Sumber memaklumkan, kes berkenaan akan disebut dalam masa terdekat.
Untuk mendapatkan komen Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 36, gagal kerana aktor itu yang berada di Mekah ketika ini sibuk menguruskan jemaah mengerjakan umrah.
Adi yang berasal dari Singapura berkahwin dengan Aida atau Zuhaidah Yusof, 42, pada 14 April 2006.
Mereka tidak dikurniakan anak apabila Aida sering kali mengalami keguguran namun mempunyai seorang anak angkat iaitu Zara Adelia yang kini berusia lima tahun.
Sebelum ini Adi pernah memfailkan perceraian terhadap Aida pada 11 Mei 2012 namun ia ditarik balik tidak lama kemudian selepas mereka mahu menyelesaikan kemelut yang dihadapi dengan sebaik mungkin.
Tidak lama kemudian dunia hiburan dikejutkan pula apabila tersebarnya gambar perkahwinan rahsia Adi dengan seorang wanita iaitu Norshahida Dzolkifly, 33, pada 20 Jun 2016.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: