SEOUL - KOREA SELATAN. Korea Selatan, semalam menguji sistem untuk menaikkan bangkai feri Sewol yang karam kira-kira tiga tahun lalu dan meragut lebih 300 nyawa kebanyakan pelajar sekolah.
Sewol yang karam 15 April 2014 itu, berada pada kedalaman 44 meter di luar pantai barat daya Jindo.
Keputusan menaikkan feri itu, dibuat selepas kebanyakan waris keluarga mangsa penumpang meminta langkah tersebut diambil bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan ke atas tragedi terbabit.
"Tujuan utama untuk mencari sembilan lagi mayat yang masih hilang," kata jurucakap Kementerian Laut dan Perikanan yang memaklumkan usaha tersebut menelan kos kira-kira 85 bilion won (RM332 juta).
Difahamkan, sebuah syarikat dari China memasang 33 rasuk di bawah badan kapal itu yang kemudiannya akan diangkat oleh 66 bicu hidraulik.
Sewol yang karam 15 April 2014 itu, berada pada kedalaman 44 meter di luar pantai barat daya Jindo.
Keputusan menaikkan feri itu, dibuat selepas kebanyakan waris keluarga mangsa penumpang meminta langkah tersebut diambil bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan ke atas tragedi terbabit.
"Tujuan utama untuk mencari sembilan lagi mayat yang masih hilang," kata jurucakap Kementerian Laut dan Perikanan yang memaklumkan usaha tersebut menelan kos kira-kira 85 bilion won (RM332 juta).
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: