KERJAYA sebagai pengkritik makanan nampak mudah, namun hakikatnya seseorang itu memerlukan deria rasa yang hebat dan memahami selok-belok penyediaan makanan.
Biasanya pengkritik makanan ini mempunyai deria jenis makan lebih spesifik misalnya untuk pakar merasa aiskrim hanya akan menguji rasa aiskrim sahaja. Begitu juga jenis-jenis makanan lain.
Menampilkan lakonan santai Syafiq Kyle, Faye Khusairi, Syed Ali, Ucop Cecupak dan Syalena, saksikan telemovie Tawar mengisi slot Citra di TV2 pada 28 Mac ini, jam 10 malam.
Tawar mengisahkan Que Dani atau Dani, blogger terkenal di Malaysia. Dani merupakan seorang food critic yang dibayar untuk makan di restoran-restoran dan memberikan ulasan mengenainya.
Terkenal dengan gelaran ‘Raja Rasa’ di mana dia dikatakan mempunyai taste pallet terbaik di Malaysia.
Namun suatu hari Dani bangun dan mendapati lidahnya tiada lagi deria rasa. Dia buat pemeriksaan doktor di hospital, tetapi disahkan sihat.
Sejak itu kariernya mula menurun, dia tidak lagi dipanggil untuk memberi ulasan tentang masakan dan menjadi juri pertandingan masakan.
Dia bersama pembantunya yang setia bernama Fauzi kemudiannya membuka restoran pula kerana beranggapan bahawa dia boleh memasak dengan sedap. Malangnya restoran diusahakan mereka juga tidak mendapat sambutan.
Pada hari pembukaan, hanya seorang wartawan iaitu Kamilia atau Camy bersama pembantunya Jescica yang datang. Seorang gadis Sarawak bernama Mia datang ke restoran Dani dan membantu dia berjaya kembali.
Deria rasa Dani juga sudah kembali, tetapi kali ini dia telah kehilangan pembantunya, Fauzi dan Camy yang mencintainya. Ini kerana Dani berbalik kepada perangai lamanya yang angkuh dan tidak memikirkan diri orang lain. Fauzi dan Camy merajuk dengan sikap Dani itu.
Bagaimana pun adakah Dani insaf dan meminta maaf kepada Camy? Adakah dia berjaya memajukan restorannya dengan ambil chef yang pernah dijatuhkannya dulu untuk jadi rakan kongsi dan bekerja bersama dengannya?

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: