PETALING JAYA: Kumpulan baharu Painting Blanks hanya mengambil masa dua jam untuk menggubah single pertama mereka berjudul Hurt pada Januari lalu.
Salah seorang anggotanya, Aimeil Hui, 22, berkata, lagu itu terhasil daripada buah idea daripada tujuh anggota kumpulan itu yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan latar belakang muzik.
"Istimewanya Painting Blanks kami adalah sekumpulan rakan-rakan dari pelbagai bangsa dan agama tetapi mempunyai persamaan iaitu minat dalam bidang muzik.
"Kesemua tujuh ahli kumpulan kami mempunyai kepelbagaian dan keistimewaan dalam bidang muzik namun perbezaan itu menyatukan kami.
Painting Blanks tampil dengan single pertama mereka berjudul Hurt.
"Atas dasar itu kami hanya mengambil masa dua jam sahaja menghasilkan Hurt hasil sumbangan idea dari semua ahli," katanya.
Selain daripada Aimeil yang juga pemain gitar rhythm, Painting Blanks turut dianggotai oleh Jessica (vokalis), Bryan, Wan (drum), Raswan (gitar bas), Aniq (gitar rhythm) dan Anwar (gitar utama).
Bercakap lanjut mengenai Hurt, Aimeil berkata ia sebuah lagu berkisarkan tentang kekecewaan dan kesedihan namun menyelitkan unsur-unsur positif di dalam liriknya.
Pun begitu tidak seperti kebiasaan Hurt mengetengahkan genre pop dengan gabungan elemen rock dan alternatif sebagai kelainan.
"Hurt lagu yang ‘segar dan berlainan’ namun dari segi muzik dan lirik, ia masih memenuhi citarasa peminat genre pop-rock kerana ia mesra pendengar.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: