KUALA TERENGGANU – Terengganu mampu menarik kunjungan 5.5 juta pelancong berdasarkan statistik kemasukan pelancong ke negeri ini bermula awal tahun ini sempena Tahun Melawat Terengganu 2017 (TMT2017).
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, sambutan menggalakkan itu hasil promosi sepanjang tahun lalu yang dijalankan kerajaan negeri dalam menarik minat pelancong dalam dan luar negara.
“Kita sasarkan 5.5 juta pelancong yang akan datang ke negeri ini dan saya rasa ini bukan satu sasaran yang sukar dicapai memandangkan sekarang kita berada pada bulan Mac, kita ada lagi sembilan bulan. Saya yakin ramai pelancong akan datang,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Perasmian Pesta Pantai Visit Beautiful Terengganu 2017 di pantai Batu Buruk, di sini.
Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman, Ketua Pengarah JKKN, Tan Sri Norliza Rofli.
Sementara itu, Ahmad Razif berkata, Pesta Pantai 2017 merupakan ikon pelancongan negeri Terengganu serta sebagai sebahagian usaha kerajaan negeri menonjolkan seni budaya dan warisan negeri sebagai identiti masyarakat di sini.
“Pesta pantai dapat membantu penjenamaan negeri sebagai destinasi unggul yang berdaya maju dan berdaya saing di rantau ini. Ia juga memberi peluang kepada penggiat seni budaya bertukar pandangan dan menghidupkan seni warisan negeri.
“Ia juga dapat mencetuskan transformasi dalam menghidupkan ciri-ciri konservasi aktiviti seni, budaya dan warisan di negeri ini sebagai nilai tambah kepada aktiviti yang dianjurkan dari masa ke semasa,” katanya.
Pesta Pantai 2017 selama lapan hari bermula 17 hingga 25 Mac anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, RedOne, Visit Beautiful Terengganu 2017 membawa pelbagai program merakyatkan seni.
Antara pengisian menarik ialah demonstrasi pembuatan wau, persembahan artis jemputan, persembahan kesenian, persembahan dikir barat, permainan rakyat, sukan pantai dan pelbagai lagi.
Selain itu, terdapat juga pertandingan memancing, membuat istana pasir, pembuatan bangsal pantai, rakit darat, pameran dan jualan produk seni budaya daripada pelbagai agensi, jabatan kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO).

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: