BIARPUN ada yang memperlekehkan inisiatifnya menggunakan kepingan marmar ‘reject’ atau rosak bagi menghiasi ruang rumah, namun ia tidak pernah membuatkan datuk 12 cucu ini berjauh hati untuk terus mengindahkan kediamannya.
Malah, sehingga kini Wan Ngah Wan Ribuaal, 62, telah menggunakan lebih 5,000 keping marmar ‘reject’ sekali gus menjadikan rumahnya seperti galeri kerana mempunyai lebih 100 corak dan pelbagai warna memenuhi rumah berkeluasan kira-kira 1,600 kaki persegi.
Berkongsi cerita, dia yang mesra dengan panggilan Ayah Wan berkata, idea menggunakan marmar ‘reject’ itu timbul enam tahun lalu setelah dia berkeinginan memasang marmar di rumahnya tetapi tidak berkemampuan membeli marmar elok kerana kosnya mahal.
“Bermodalkan RM130 pada mulanya, saya membeli marmar ‘reject’ dan mendapat kira-kira 800 keping marmar pecah dengan lebih kurang 50 corak. Walaupun ketika itu saya tiada kemahiran memasang marmar namun saya tetap melakukannya sendiri.
“Setelah ruang tamu berubah selepas dipasang marmar ‘reject’, saya melihat ia sebagai satu hasil seni dan terus berkreativiti sehingga kini. Berbanding kos membeli marmar baru yang mungkin mencecah lebih RM30,000, setakat ini saya cuma membelanjakan RM2,250 sahaja," katanya.
Menurutnya, ada juga yang datang ke rumahnya memperkecilkan tindakannya itu namun, dia tidak berkecil hati kerana sedar tidak mampu membeli marmar berkualiti.
Dalam pada itu, ditanya mengenai kemahirannya memasang marmar, dia berkata, ia hadir secara sendiri.
“Selain memasang pada bahagian lantai, keseluruhan dinding serta ruang di dalam rumah termasuk bilik air juga dipenuhi seni marmar ‘reject’,” katanya.
Tambah Ayah Wan, dia turut berkreativiti dengan membuat simbol-simbol tertentu menggunakan marmar ‘reject’ khususnya pada dinding dan antaranya ialah Transformasi Terengganu Baharu (TTB), namanya, kubah masjid, pisau serta ikan.
Mahu siapkan tab mandi
Katanya lagi, di sebalik pandangan sinis diterimanya masih ada insan melihat usahanya itu dari aspek positif dan sudi bertandang ke rumahnya bagi melihat koleksi marmar dimilikinya untuk dijadikan contoh sebelum mereka ke kedai.
“Biasanya susunan marmar ‘reject’ dipasang mengikut idea sendiri, kadang-kadang saya termenung lama memandang lantai dan dinding sambil berfikir. Selain itu, saya juga gemar melihat filem kung-fu, kerana di dalamnya banyak memaparkan bangunan dipasang marmar.
“Campuran warna dipasang pada satu-satu bahagian menjadikan ruang rumah kelihatan berwarna-warni. Saya juga memasang marmar ‘reject’ pada kolam mandi terdapat di hadapan rumah berkeluasan lima meter panjang dengan kedalaman tiga meter.
“Bagi menyiapkan kolam ini, saya mengambil masa selama tiga bulan untuk kerja-kerja menggali sahaja dan tidak lama lagi akan dimulakan kerja-kerja takungan air. Sekarang ini masih ada lagi beberapa kerja-kerja akhir perlu dilakukan,” ujarnya.
Menyentuh mengenai perancangannya, Ayah Wan berkata, dia kini dalam proses menyiapkan tab mandi ala hotel serta stor di bahagian belakang rumahnya dengan menggunakan batu-bata terbuang yang dikitar semula.
Ujarnya lagi, dia tidak mahu membazir dan dek kerana itulah dia turut memilih untuk kitar semula batu-bata untuk dijadikan sebagai dinding bilik tab mandi sedang dibinanya serta menggunakan marmar ‘reject’ untuk mengindahkan kediamannya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: