Thursday, March 16, 2017

Astro Anjur ‘Malam Throwback Drama’



Antara mereka yang terlibat dalam Malam Throwback Drama.
KUALA LUMPUR: Astro bakal menganjurkan Malam Throwback Drama bagi memberi penghargaan kepada pelakon dan krew produksi atas usaha mereka dalam menyajikan karya terbaik kepada penonton.
Ketua Saluran Melayu Astro, Raqim Ahmad berkata acara itu juga diadakan bagi meraikan penonton dan peminat yang tidak jemu-jemu menyokong drama terbitan stesen itu sehingga beberapa drama terbitan mereka menjadi fenomena.
"Para peminat boleh mengundi artis kegemaran masing-masing menerusi 11 kategori dipertandingkan menerusi Instagram HLive bermula 23 hingga 30 Mac ini.
"Kesemua pencalonan berdasarkan drama-drama yang pernah ditayangkan di Astro sepanjang tahun lalu.
"Ia bukan sahaja bagi memberi penghargaan kepada pelakon dan kru tetapi juga peminat yang sentiasa menyokong," katanya.
Raqim ditemui pada majlis pelancaran Rangkaian Drama Melayu Astro 2017 di Saloma Bistro di sini, Rabu.
Malam Throwback Drama bakal diadakan pada 1April depan di Hotel Premiera Kuala Lumpur, 8.30 malam.

Malam Throwback Drama bakal menyaksikan 11 kategori diperkenalkan.
Antara kategori bakal dipertandingkan ialah Kapel Throwback, Watak Paling Meminta, Otai Throwback, Scene Paling Win, Pelakon Paling Membantu, Hero Throwback dan Heroin Throwback.
Dalam pada itu, Raqim berkata, Astro bakal menganjurkan Karnival Throwback Drama pada 23 hingga 26 Mac ini dengan pelbagai aktiviti seperti ramah mesra bersama artis, tayangan istimewa drama, persembahan dan sebagainya.
"Menerusi acara ini juga kami berharap mendapat maklum balas terus daripada penonton selain menghadiahkan pengikut setia kami dengan pelbagai aktviti dengan artis kesayangan mereka.
"Karnival ini juga sebagai memartabatkan drama Melayu yang kembali mendapat perhatian luar biasa penonton," ujarnya.
Sehubungan itu, Raqim berkata, Perubahan itu juga menjadikan empat saluran utamanya iaitu Ria, Prima, Oasis dan Warna sebagai hub bagi rangkaian drama terbitan stesen itu.
Katanya lagi, setiap saluran akan mengangkat genre drama berbeza selain memiliki keunikan tersendiri bagi memenuhi cita rasa penonton.
Jika sebelum ini slot Mega Drama di Ria dan Tiara (Prima) menjurus ke arah romantik ringan dan drama, kini kami menambah dua lagi iaitu Skrin Komedia (Warna) dan Rihanna (Oasis).
"Setiap slot mengisi genre drama berbeza dan ini adalah inisiatif kami dalam memastikan penonton mendapat pelbagai pilihan," katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: