KEMAMAN - Lebih 400 penunggang motosikal di daerah ini menikmati petrol percuma sumbangan sebuah syarikat swasta, ZN Seven yang beribu pejabat di Madinah.
Pemberian petrol di bawah program Mari Weh Isi Minyak Free itu dilakukan serentak di dua stesen minyak terpilih iaitu di Stesen Minyak Petronas Bukit Kuang dan Stesen Minyak Petronas Kijal bermula jam 5 hingga 7 petang kelmarin.
Teruja dengan tawaran istimewa yang pertama kali dibuat di Kemaman itu, kesemua penunggang sanggup beratur panjang seawal jam 4.30 petang di kedua-dua stesen minyak itu.
Wakil ZN Seven, Mohd Musli Mustaffa, 46, berkata, program itu diadakan kerana ZN Seven mahu berkongsi kegembiraan dan menderma sempena pelancaran produk terbaharu mereka.
“Kita mahu ringankan beban orang ramai kerana ketika ini berlaku kenaikan harga minyak jadi menerusi derma yang dihulur ini diharap dapat menjimatkan perbelanjaan harian rakyat.
“Pada masa sama kita mahu kongsi kegembiraan kerana ZN Seven kini melancarkan produk terbaharu iaitu Jus Ajma-Jus Kurma Ajwa Madinah yang menggunakan kurma ajwa yang ditanam di kawasan ladang Tanah Haram Madinah,” katanya kepada pemberita.
ZN Seven yang mengeluarkan produk penjagaan kesihatan berasaskan kurma ajwa dan habbatus sauda ditubuhkan oleh seorang pensyarah bidang farmasi, Dr Noordin Othman dan isteri beliau, Zuraini Mukri.
Noordin yang berkelulusan ijazah doktor falsafah (PhD) dari Australia dan pasca PhD dari England ketika ini menetap bersama keluarganya di Madinah.
Ditanya mengenai sasaran jualan, kata Musli, ZN Seven menyasarkan jualan sebanyak 20,000 botol Jus Ajma sebulan pada bulan Ramadan nanti.
Sementara itu, penunggang motosikal dari Chukai, Rizal Ashaari, 27, meluahkan rasa syukur kerana ada pihak yang tampil membantu golongan berpendapatan rendah.
“Pemberian ini besar ertinya buat saya yang pendapatan tak sampai RM1,000 sebulan.
"Dalam keadaan petrol naik dan barang-barang serba mahal sekarang, dapat petrol percuma ini memang jimat belanja,” katanya.
Pemberian petrol di bawah program Mari Weh Isi Minyak Free itu dilakukan serentak di dua stesen minyak terpilih iaitu di Stesen Minyak Petronas Bukit Kuang dan Stesen Minyak Petronas Kijal bermula jam 5 hingga 7 petang kelmarin.
Teruja dengan tawaran istimewa yang pertama kali dibuat di Kemaman itu, kesemua penunggang sanggup beratur panjang seawal jam 4.30 petang di kedua-dua stesen minyak itu.
Wakil ZN Seven, Mohd Musli Mustaffa, 46, berkata, program itu diadakan kerana ZN Seven mahu berkongsi kegembiraan dan menderma sempena pelancaran produk terbaharu mereka.
“Pada masa sama kita mahu kongsi kegembiraan kerana ZN Seven kini melancarkan produk terbaharu iaitu Jus Ajma-Jus Kurma Ajwa Madinah yang menggunakan kurma ajwa yang ditanam di kawasan ladang Tanah Haram Madinah,” katanya kepada pemberita.
ZN Seven yang mengeluarkan produk penjagaan kesihatan berasaskan kurma ajwa dan habbatus sauda ditubuhkan oleh seorang pensyarah bidang farmasi, Dr Noordin Othman dan isteri beliau, Zuraini Mukri.
Noordin yang berkelulusan ijazah doktor falsafah (PhD) dari Australia dan pasca PhD dari England ketika ini menetap bersama keluarganya di Madinah.
Ditanya mengenai sasaran jualan, kata Musli, ZN Seven menyasarkan jualan sebanyak 20,000 botol Jus Ajma sebulan pada bulan Ramadan nanti.
Sementara itu, penunggang motosikal dari Chukai, Rizal Ashaari, 27, meluahkan rasa syukur kerana ada pihak yang tampil membantu golongan berpendapatan rendah.
“Pemberian ini besar ertinya buat saya yang pendapatan tak sampai RM1,000 sebulan.
"Dalam keadaan petrol naik dan barang-barang serba mahal sekarang, dapat petrol percuma ini memang jimat belanja,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: