Tuesday, March 21, 2017

Andy Lau Terima RM45.73 Juta Akibat Jatuh Kuda




Andy Lau menerima bayaran pampasan daripada syarikat insurans sebanyak RM45.73 juta akibat terjatuh kuda ketika menjalani penggambaran iklan komersial di Thailand Januari lalu.
PELAKON terkenal Andy Lau dilaporkan menerima bayaran sebanyak HK$80 juta (RM45.73 juta) daripada syarikat insurans sebagai pampasan lapor Kwong Wah Yit Poh.
Daripada jumlah itu, Andy yang kini tidak dapat bekerja dibayar RM195,000 sehari berdasarkan 51 hari dia dimasukkan ke hospital dan tempoh enam bulan untuk pemulihan.

Pada 17 Januari lalu, Andy mengalami kecederaan selepas terjatuh kuda ketika menjalani penggambaran sebuah iklan komersial di Thailand.

Akibat kejadian itu, pelakon berusia 55 tahun itu dikejarkan ke hospital sebelum diterbangkan ke Hong Kong untuk mendapat rawatan.

Ketika kejadian, kuda ditunggang Andy tiba-tiba hilang kawalan dan mencampakkan pelakon itu ke tanah sebelum memijak bahagian belakang badannya sehingga menyebabkan tulang pelvis pelakon itu cedera.

Heliza Helmi Minta Pandangan Guru Agama Sebelum Mula Persembahan

Heliza Helmi PETALING JAYA:  Penyanyi Heliza Helmi memberitahu dia banyak merujuk tentang aurat suara wanita dalam menyanyi kepada ...