Ayda berkata, walaupun pada waktu ini mereka sekadar teman rapat kerana sedang menjalani penggambaran bersama dalam siri Ku Kirim Cinta, dia mengakui selesa berkawan dengan aktor itu.
"Rasanya tak salah jika kami berkawan rapat sebab saya solo dan dia pun solo. Redza lelaki yang baik keperibadiannya dan kebetulan ‘sekepala’ (sama perangai) dengan saya.
"Saya tak berani nak cakap yang kami takkan bercinta langsung. Pada masa akan datang kita tak tahu apa yang akan berlaku. Cuma ketika ini tiada apa yang serius antara kami," katanya.
Keintiman Ayda atau Nur Suhada Jebat, 25, dan Redza, 25, mencuri tumpuan kebelakangan ini apabila kedua-duanya saling berkongsi gambar kemesraan di lokasi penggambaran siri tersebut menerusi Instagram masing-masing.
Ayda Jebat mengakui selesa berkawan rapat dengan Redza.
Redza juga dilihat menemani Ayda ketika aktres itu mengadakan persembahan KL Xtravaganza di perkarangan pusat beli-belah Wangsa Walk di sini, malam Ahad lalu.Redza menyifatkan hubungan mereka sekadar kawan rapat. Malah, dia tidak menyangka perkongsian gambar-gambar itu mencetuskan spekulasi.
Ayda berkata, faktor usia yang sebaya menguatkan lagi keserasian antara mereka ketika ini.
"Saya menyenangi dan selesa berkawan dengan Redza. Kebetulan, tarikh lahir saya pada 17 Mac dan dia pula 18 Mac. Tarikh lahir kami dekat sangat dan umur pun sama, patutlah perangai sama.
"Mungkin sebab itu juga ketika di set (penggambaran) kami suka buli dan bergurau antara satu sama lain. Keserasian kami itu agaknya menimbulkan salah faham," katanya.
Redza Rosli.
Tambah Ayda, ekoran keserasian itu mereka juga bakal digandingkan dalam beberapa projek drama tidak lama lagi.
"Mungkin sebab (penggiat) industri lihat kami berdua masih solo dan serasi, selepas tamat penggambaran siri ini, kami akan bergandingan lagi untuk beberapa projek.
"Jika peminat menyenangi kami berkawan, ia adalah perkara yang baik untuk kerjaya saya dan Redza juga," katanya.
Ku Kirim Cinta arahan Raja Ahmad Alauddin bakal disiarkan menerusi slot Akasia TV3 pada Ramadan nanti.
Selain Ayda dan Redza, ia turut dibintangi oleh Fahad Iman, Roy Azman, Fizz Fairuz, Zarina Zainuddin dan Shahronizam Noor.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: