Thursday, March 16, 2017

Fazura Mahu Tonton 'Beauty & The Beast' Di Luar Negara



Fazura pada majlis pelancaran kerjasama antara Universal Music dan syarikat telekomunikasi Onexox di Sunway Pyramid, pada Rabu. 
PETALING JAYA: Pelakon Nur Fazura berasa kecewa apabila tayangan filem Beauty & The Beast yang sepatutnya dijadualkan pada Khamis terpaksa ditunda.
Fazura, 34, berkata, sebagai peminat cerita dongeng tersebut sejak kecil, dia merancang untuk menonton filem berkenaan di luar negara.
"Saya mahu menonton filem itu di luar negara kerana saya diberitahu ada babak yang  dipotong jika ditayangkan di Malaysia.
"Saya ingin menonton secara (pemikiran) orang dewasa dan tidak mahu orang lain menganggap akidah saya boleh terjejas apabila menonton filem itu.
"Saya rasa semua orang sudah dewasa dan ada pegangan agama masing-masing," ujarnya.
Fazura ditemui pada majlis pelancaran kerjasama antara Universal Music dan syarikat telekomunikasi Onexox di Sunway Pyramid, di sini, Rabu.

Fazura
Terdahulu pelakon J Revolusi ini menerima kritikan di laman sosial apabila dia mempertikaikan penangguhan filem berkenaan.
Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LFPM) sebelum ini membenarkan filem itu ditayangkan di negara ini dengan sedikit pemotongan khususnya babak gay.
Namun syarikat Walt Disney seperti dilaporkan Bloomberg pula tidak membenarkan filem itu ditayangkan kerana suntingan terbabit.
Rusia telah mengenakan sekatan ke atas filem ini dengan kanak-kanak di bawah umur 16 dilarang daripada menontonnya.
Pawagam pandu lalu di Alabama, Amerika Syarikat juga mengharamkan filem ditayangkan kerana watak gay.
Antara status Fazura di Instagram yang mengundang perbalahan netizen.
Sementara itu, dalam perancangan kerjaya nyanyian, penyanyi lagu Hancur Aku ini berkata, dia masih dalam proses untuk menyiapkan album pertamanya.
Album tersebut dijangka akan disiapkan selepas Hari Raya Aidilfitri nanti.
"Saya dalam proses untuk menyiapkan album pertama dan sudah selesai rakaman dua buah lagu iaitu masing-masing di Malaysia dan Indonesia.
"Lagu berjudul Bisa Apa akan dilancarkan bulan depan. Buat masa ini kami masih dalam perbincangan berapa lagu yang akan dimuatkan dalam album tersebut," ujarnya.
Sementara itu, dia juga akan keluar dengan sebuah filem dan program serta drama televisyen terbaharu untuk tahun ini. 

Bising & Bingit Itu Cara Saya - Achey

Achey jangka cara mengacara program Gema Gegar Vaganza akan dikritik. PETALING JAYA:  Pelawak Achey memberitahu dia diminta oleh pi...