Tuesday, March 21, 2017

"Saya Memang Nak Kahwin" - Dayang Nurfaizah



Dayang Nurfaizah akui tidak pernah bercinta.
KUALA LUMPUR: Penyanyi Dayang Nurfaizah berkata dia tidak pernah berahsia atau cuba menyembunyikan sesuatu hubungan istimewa dengan mana-mana lelaki.
Dayang berkata, sebagai seorang wanita dia juga mempunyai keinginan untuk berkahwin pada usia yang kini sudah menjangkau 35 tahun.
"Pada usia ini saya memang nak kahwin tapi tidak jumpa lagi pasangan untuk saya jadikan suami.
Dayang Nurfaizah.
"Ia perkara betul dan tiada apa yang ingin dirahsiakan jika saya ada perancangan ke arah itu. Sebenarnya saya sendiri tidak menyangka masih bujang pada usia ini," ujarnya.

Dayang atau nama sebenarnya, Dayang Nurfaizah Awang Dowty ini mengulas apabila ditanya perancangannya tentang jodoh dan teman istimewa yang mungkin dirahsiakan kepada umum.

Menjelaskan tentang 'lelaki teragung' dalam hidupnya, Dayang mengakui dia tidak pernah melalui fasa bercinta dalam kehidupannya.

"Saya tidak pernah putus cinta kerana tidak pernah melalui bagaimana perasaan bercinta.

"Ia mungkin juga kerana saya bekerja pada usia yang muda dan tidak memikirkan tentang soal cinta ketika waktu itu.

"Selain itu saya akui tidak pernah mencari atau keluar dengan mana-mana lelaki," ujarnya.

Tambah penyanyi Di Pintu Syurga ini, dia turut meminta agar peminat dan orang ramai mendoakan yang terbaik tentang masa depannya itu.

"Saya minta doa-doakanlah yang terbaik untuk saya tentang jodoh ini," ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: