SETELAH sepi daripada sebarang single baru sejak dua tahun yang lalu, penyanyi Aizat Amdan, 28, kini muncul dengan single terkininya, Jangan Menangis hasil kerjasamanya dengan Faizal Tahir dan Mike Chan.
Mengakui kolaborasinya bersama penyanyi sehebat Faizal Tahir di dalam sebuah lagu sebagai satu angan-angan yang menjadi kenyataan, Aizat atau nama sebenarnya, Muhammad Aizat Amdan memberitahu, Jangan Menangis mempunyai signifikan yang tersendiri.
“Kalau dilihat dari segi tajuknya saja, sudah cukup beri gambaran perihal ketabahan dan kecekalan. Elemen sayu itu saya cuba mainkan di dalam penulisan lirik bagi memberi lebih emosi untuk lagu ini secara keseluruhan,” katanya yang ditemui pada majlis pelancaran single itu di Ziffy Cafe, Damansara.
Mengulas lanjut mengenai pembikinan single itu dengan lebih terperinci, Aizat yang sebelum ini cukup dikenali menerusi lagu Hanya Kau Yang Mampu memberitahu, inspirasi untuk menukilkan lagu tersebut mulai tercetus apabila dia bersama rakan artis yang lainnya seperti Noh Salleh, Faizal dan Muadzulkefly menyertai ekspedisi 1Moment4them di Syria pada 2013.
“Dalam ekspedisi tersebut, kami dapat melihat dengan lebih jelas kesengsaraan yang dihadapi penduduk tempatan di sana. Susah payah mereka dalam menjalani hidup di lokasi perang. Misi kami pada ketika itu adalah untuk membantu apa yang termampu dan pastinya, ia menjadi antara momen manis saya sepanjang berada di sana.
“Lalu sebaik pulang, Faizal ada memberikan lagu Jangan Menangis pada saya dan dia memberi ruang untuk saya menyiapkan lirik lagu tersebut.
“Bertitik-tolak dari situlah, lagu ini terhasil dan ia adalah ekspresi dan simbolik kemanusiaan kerana mesej yang kami cuba sampaikan menerusi single ini adalah luas dan universal,” katanya lagi.
Jangan Menangis merupakan sebuah lagu yang mengisahkan bagaimana seseorang itu mengharungi cabaran dan dugaan mendatang.
Malah, konsep penceritaan lagu ini juga bersifat universal kerana kesedihan boleh berlaku kepada setiap individu, bergantung kepada situasi yang dihadapi.
Hidup berdikari
Selain itu kata Aizat, selain diinspirasikan daripada kecekalan penduduk Syria, penyanyi asal Kuala Lumpur ini juga mengakui lagu tersebut juga mempunyai kisahnya yang tersendiri.
“Memang pada dasarnya ia berkaitan dengan apa yang berlaku di Syria. Namun pada masa saya, ia juga lebih bersifat peribadi buat saya kerana berkait rapat dengan kehidupan sendiri.
“Ketika itu, saya rasa serba salah sama ada mahu pindah rumah untuk tinggal berasingan dengan keluarga. Sementara ibu pula rapat dengan saya.
“Setelah berfikir panjang, saya akhirnya memilih untuk pindah rumah dan duduk bujang pada Ogos tahun lalu kerana mahu belajar hidup berdikari memandangkan umur saya pun sudah mencecah 28 tahun.
“Hubungan kekeluargaan kami begitu rapat. Lalu Jangan Menangis juga saya tujukan buat keluarga juga,” terang Aizat jujur.
Dalam perkembangan lain, lagu ini sudah boleh dimuat turun di semua platform digital sejak 10 Mac lalu.
Mengakui kolaborasinya bersama penyanyi sehebat Faizal Tahir di dalam sebuah lagu sebagai satu angan-angan yang menjadi kenyataan, Aizat atau nama sebenarnya, Muhammad Aizat Amdan memberitahu, Jangan Menangis mempunyai signifikan yang tersendiri.
“Kalau dilihat dari segi tajuknya saja, sudah cukup beri gambaran perihal ketabahan dan kecekalan. Elemen sayu itu saya cuba mainkan di dalam penulisan lirik bagi memberi lebih emosi untuk lagu ini secara keseluruhan,” katanya yang ditemui pada majlis pelancaran single itu di Ziffy Cafe, Damansara.
Mengulas lanjut mengenai pembikinan single itu dengan lebih terperinci, Aizat yang sebelum ini cukup dikenali menerusi lagu Hanya Kau Yang Mampu memberitahu, inspirasi untuk menukilkan lagu tersebut mulai tercetus apabila dia bersama rakan artis yang lainnya seperti Noh Salleh, Faizal dan Muadzulkefly menyertai ekspedisi 1Moment4them di Syria pada 2013.
“Lalu sebaik pulang, Faizal ada memberikan lagu Jangan Menangis pada saya dan dia memberi ruang untuk saya menyiapkan lirik lagu tersebut.
“Bertitik-tolak dari situlah, lagu ini terhasil dan ia adalah ekspresi dan simbolik kemanusiaan kerana mesej yang kami cuba sampaikan menerusi single ini adalah luas dan universal,” katanya lagi.
Jangan Menangis merupakan sebuah lagu yang mengisahkan bagaimana seseorang itu mengharungi cabaran dan dugaan mendatang.
Malah, konsep penceritaan lagu ini juga bersifat universal kerana kesedihan boleh berlaku kepada setiap individu, bergantung kepada situasi yang dihadapi.
Hidup berdikari
Selain itu kata Aizat, selain diinspirasikan daripada kecekalan penduduk Syria, penyanyi asal Kuala Lumpur ini juga mengakui lagu tersebut juga mempunyai kisahnya yang tersendiri.
“Memang pada dasarnya ia berkaitan dengan apa yang berlaku di Syria. Namun pada masa saya, ia juga lebih bersifat peribadi buat saya kerana berkait rapat dengan kehidupan sendiri.
“Ketika itu, saya rasa serba salah sama ada mahu pindah rumah untuk tinggal berasingan dengan keluarga. Sementara ibu pula rapat dengan saya.
“Setelah berfikir panjang, saya akhirnya memilih untuk pindah rumah dan duduk bujang pada Ogos tahun lalu kerana mahu belajar hidup berdikari memandangkan umur saya pun sudah mencecah 28 tahun.
“Hubungan kekeluargaan kami begitu rapat. Lalu Jangan Menangis juga saya tujukan buat keluarga juga,” terang Aizat jujur.
Dalam perkembangan lain, lagu ini sudah boleh dimuat turun di semua platform digital sejak 10 Mac lalu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: